Tuesday, August 2, 2011

Betul ke dah cantik ni???


hah?? Betul ke dah CANTIK ni???
 Puasa dah cantik ke belum sebnernya...hee...
Assalamualaikum..
Walaupun kita baru sahaja memasuki fasa Ramadhan,tetapi kecantikan,kekemasan,ketampanan puasa perlu d titik beratkan..


Disini saya nk kongsikan untuk peringatan DIRI SENDIRI dan anda semua..InsyALLAH..


Pertama adalah perkara yang membatalkan puasa,heehee..
lupa ka buat2 engat.. 



Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: 
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.
 Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. suntikan ubatan tidak membatalkan puasa


       Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

-      makan dan minum dengan sengaja
-      mengeluarkan air mani dengan sengaja
-     haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
-      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga
       dengan sengaja
 -     melakukan persetubuhan
-       gila walaupun sebentar
-      murtad
-      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

        Perkara-perkara sunat puasa
    - membanyakkan membaca al-Quran
-  mandi junub sebelum fajar
-  melewatkan sahur waktu imsak
-  berbuka dengan buah tamar dan benda manis
-  membanyakkan sedekah
-  solat terawih
-  segera berbuka bila masuk waktu

      Perkara-perkara makruh puasa
-      berkumur-kumur dengan keterlaluan
-      merasa makanan dengan lidah
-      bercakap perkara-perkara buruk dan keji
-      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
-      gosok gigi setelah gelincir matahari
-       mencium isteri
-      menderma darah

      Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

-      makan dan minum dengan sengaja
-      mengeluarkan air mani dengan sengaja
-     haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
-      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga
       dengan sengaja
 -     melakukan persetubuhan
-       gila walaupun sebentar
-      murtad
-      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

      Perkara yang tidak membatalkan puasa:

-      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang 
       selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
-      Bersuntik
-      Tidur walaupun sepanjang hari
-      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
-      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja


Sekadar perkongsian..



No comments:

Post a Comment